Suara Keluarga Malaysia

LATAR BELAKANG
  1. Program Suara Keluarga Malaysia dirancang untuk memenuhi fungsi jabatan bagi menjalankan aktiviti pembangunan komuniti pada peringkat akar umbi iaitu daerah, mukim, taman perumahan, kampung, rumah panjang, perkampungan orang asli dan sebagainya.

 

  1. Program seumpama ini akan dijadikan sebagai wadah kesepaduan komuniti tempatan dengan pemimpin kerajaan bagi membolehkan kerajaan mendengar sendiri permasalahan, isu dan keperluan komuniti diperingkat akar umbi dan dalam masa yang sama komuniti juga diberi peluang untuk mendapat maklumat yang sahih, terkini dan tepat daripada pihak Kerajaan.
KUMPULAN SASARAN

Penyertaan berfokus kepada kepimpinan di peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), pertubuhan NGO, belia dan golongan anak muda yang dijadikan sasaran primer jabatan agar golongan ini dapat menyuburkan partisipasi rakyat dalam amalan demokrasi yang lebih matang.

OBJEKTIF
  1. Memperkasa komuniti di peringkat akar umbi selaras dengan teras utama penubuhan J-KOM iaitu membangunkan komuniti yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik.

 

  1. Menyediakan platform untuk pegawai kerajaan dan pemimpin tempatan bersemuka dengan komuniti bagi merungkai isu-isu tempatan dan dalam masa yang sama mendapatkan data daripada komuniti.
  2.  

  3. Memberi peluang komuniti untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat tentang inisiatif kerajaan serta mengekang penyebaran informasi serta dakyah tidak benar yang berlegar dalam masyarakat khususnya melalui media sosial.

Accessibility Toolbar