Bahagian / Unit

Utama >> Korporat >>  Bahagian / Unit

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program

FUNGSI

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Penyelidikan dan Cawangan  Perancangan Program.  Cawangan Penyelidikan berfungsi melaksanakan kajian dengan kolaborasi Penyelidik Universiti serta turut melaksanakan tinjauan pendapat awam untuk menilai reaksi awam dan keberkesanan program. Cawangan ini juga menyediakan rangka dasar untuk memastikan segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti Jabatan mengikut hala tuju Jabatan.

Cawangan  Perancangan Program pula berperanan merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pembangunan komuniti pada peringkat akar umbi iaitu daerah, mukim, taman perumahan, kampung, kampung baharu dan sebagainya. Kumpulan komuniti ini dijadikan sasaran utama kerana negara perlu memperkasa kepimpinan pada peringkat ketiga (kerajaan tempatan/ daerah/ akar umbi) yang dapat menyuburkan partisipasi rakyat dalam mengukuhkan amalan demokrasi yang lebih liberal dan progresif selaras Rukun Negara.

Bahagian Media Sosial dan Media Baharu

FUNGSI

    Merancang, menyelaras dan menyusun bahan berita dan kandungan kreatif strategi media bagi penyaluran komunikasi kepada kumpulan sasar melalui pelbagai saluran media sosial dan media baharu.

    Bahagian Pendidikan dan Latihan

    FUNGSI

    1. Merancang modul pendidikan dan latihan bagi teras Jabatan di samping latihan kepimpinan komuniti sebagai mediator di peringkat akar umbi;
    2. Membangunkan modul latihan bagi tujuan pembangunan TOT serta melaksanakan latihan kemahiran dan pengetahuan dalam persediaan pegawai Komunikasi Komuniti Jabatan;
    3. Merancang dan melaksanakan program latihan di peringkat akar umbi; dan
    4. Memantau pelaksanaan dan keberkesanan program latihan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan program/aktiviti Jabatan mencapai sasaran yang ditetapkan.

     

    Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran

    FUNGSI

      Merancang dan memantau pengurusan sumber manusia, pembangunan organisasi dan pentadbiran mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa bagi mewujudkan perkhidmatan sokongan organisasi yang cekap, produktif dan berkualiti.

       

      • Pembangunan sumber manusia dan pembangunan organisasi.
      • Urusan perkhidmatan personel.
      • Urusan pembangunan kompetensi dan modal insan.
      • Pengurusan prestasi dan kenaikan pangkat.
      • Pengurusan Kursus dan Latihan.
      • Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran Sumber Manusia di peringkat Jabatan.
      • Mengurus sistem fail dan surat menyuarat.
      • Pengurusan kenderaan Jabatan.
      • Pengurusan aset dan setor Jabatan.
      Bahagian Teknologi Maklumat

      FUNGSI

        Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga J-KOM dan bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pemantauan ICT di J-KOM. BTM dibahagikan kepada empat fungsi utama seperti berikut:

        a) Rangkaian dan Keselamatan ICT

        b) Sistem Aplikasi

        c) Infrastruktur ICT

        d) Pengurusan ICT

        Bahagian Kewangan dan Perolehan

        FUNGSI

          • Mengurus segala hal ehwal belanjawan Jabatan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan dengan cara paling cekap, ekonomi dan berakauntabiliti
          • Mengurus perolehan Jabatan di bawah Akaun Belanja Mengurus
          • Mengurus semua urusan pembayaran dan penyelenggaraan akaun
          • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Jabatan.

          Unit Perhubungan Awam

          FUNGSI

            Mengetuai pengurusan komunikasi korporat bagi memastikan penyampaian maklumat untuk pembangunan komuniti dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti serta mewujudkan hubungan korporat yang baik antara jabatan dengan pihak berkepentingan.

            Unit Integriti

            FUNGSI

              Unit Integriti adalah satu unit yang ditubuhkan bertujuan untuk mengawal dan memantau aktiviti dalaman di Jabatan dan menguruskan integriti dalam organisasi berpandukan 6 fungsi teras yang ada :-

               

              1. Tadbir Urus
              2. Pengukuhan Integriti
              3. Pengesanan dan Pengesahan
              4. Pengurusan Aduan
              5. Pematuhan
              6. Tatatertib

              Accessibility Toolbar