
TV@J-KOM

SEGMEN ADUAN RAKYAT
Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)
SISPAA JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI
SISPAA J-KOM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan J-KOM.
PENERBITAN J-KOM
Keratan Akhbar
Buletin
Laporan Tahunan
MEDIA SOSIAL J-KOM
KERAJAAN PERPADUAN KOMITED TERUSKAN INISIATIF PAYUNG RAHMAH, JUALAN AGRO MADANI BAGI MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT 1. Meskipun kadar inflasi dalam negara telah mereda kepada 2.0 peratus iaitu kadar terendah dalam tempoh hampir dua tahun, namun Kerajaan Perpaduan kekal komited meneruskan program intervensi melalui inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Agro Madani. 2. Inisiatif berkenaan akan diteruskan dengan kerjasama kerajaan negeri dalam usaha berterusan Kerajaan Perpaduan menangani kos sara hidup yang akan memanfaatkan rakyat. 3. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 2 Tahun 2023 hari ini berkata, sebanyak tiga kertas pertimbangan dan dua kertas makluman menjurus isu kos sara hidup dibentangkan pada mesyuarat tersebut. 4. Bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan, mesyuarat turut membincangkan mengenai kawalan harga bagi ayam bulat standard dan telur ayam yang dilaksanakan sejak Februari 2022 supaya hala tuju kawalan harga ayam dan telur ini dapat dimuktamadkan. Sumber: BERNAMA #komunikasikomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan
KEADAAN JEREBU DI NEGERI SEMBILAN TERKAWAL, ORANG RAMAI DINASIHAT JAGA KESIHATAN 1. Kerajaan Negeri Sembilan bersiap siaga berdepan sebarang peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) disebabkan oleh jerebu rentas sempadan dari Indonesia. 2. Menurut Menteri Besarnya, YB Datuk Seri Aminuddin Harun, ketika ini pihaknya sedang memantau keadaan cuaca sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan. 3. Jelas beliau, meskipun keadaan kini adalah berjerebu tetapi masih terkawal serta menggalakkan pemakaian pelitup muka sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca jerebu. Sumber: Bernama #komunikasikomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan
HUBUNGAN DUA HALA MALAYSIA DAN NEW ZEALAND KINI LEBIH KUKUH 1. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh terutamanya kedua-dua negara saling memahami keperluan ekonomi dan sensitiviti masing-masing. 2. Hubungan kukuh itu terbukti dengan beberapa siri lawatan pemimpin kedua-dua negara sejak tahun lepas, sekali gus membuka jalan kepada kerjasama lebih erat dalam sektor ekonomi dan halal serta pemerkasaan masyarakat Orang Asli. 3. Baginda turut berbesar hati mengambil maklum Malaysia dan New Zealand telah menikmati pertumbuhan kukuh dalam hubungan perdagangan. Pada tahun 2022, New Zealand kekal sebagai rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di rantau Pasifik. 4. Titah Seri Paduka Baginda lagi, New Zealand adalah rakan penting Malaysia dalam pendidikan tinggi dan berharap lebih ramai pelajar Malaysia diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke negara itu. 5. Baginda bertitah demikian ketika majlis jamuan negara bagi meraikan Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Cindy Kiro dan delegasi di Istana Negara. Sumber: Bernama #komunikasikomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan
PERDANA MENTERI BERSETUJU EMPAT LANGKAH INTERVERSI TAMBAHAN DILAKSANAKAN BAGI MENANGANI ISU BERAS 1. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan empat langkah interversi tambahan yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha menangani isu beras di negara ini. 2. Antara langkah diambil kementerian tersebut adalah dengan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit. 3. Memandangkan margin jualan beras tempatan hanya 50 sen bagi setiap kampit 10 kilogram (kg), kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak FAMA. 4. Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM950 bagi setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) bermula 5 Oktober ini yang membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kg, berikutan kadar pengeluaran beras putih di kedua-dua negeri tersebut adalah terhad. Sumber: BERNAMA #KomunikasiKomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan
KPWKM SASAR MENUBUHKAN LEBIH BANYAK PAWE Sasar DALAM MENDEPANI NEGARA MENUA 2030 1. Dalam usaha mendepani cabaran Negara Menua 2030, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan untuk menubuhkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan ia berdasarkan kepada populasi warga emas di sesuatu kawasan. 2. Objektif PAWE ialah agar golongan warga emas dapat terus menjalankan aktiviti dalam komuniti sekali gus melahirkan warga emas yang sihat, aktif, produktif dan positif. 3. Dalam pada itu, KPWKM juga sedang berusaha memperluaskan kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada warga emas. 4. Beliau berkata tanggungjawab sosial korporat merupakan satu daripada kerjasama KPWKM dengan rakan strategik dalam memelihara kebajikan kumpulan sasar selaras dengan konsep 'Kebajikan Tanggungjawab Bersama'. 5. Menurutnya hala tuju baharu perkhidmatan warga emas yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seperti pewujudan Pangkalan Data Berpusat Warga Emas (eWE) dan pemerkasaan PAWE diharap dapat memberi impak nyata terhadap kesejahteraan warga emas di negara ini. 6. Pada masa sama, katanya Pelan Tindakan Warga Emas perlu dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kesinambungan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang mampan. #komunikasikomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan
Youtube
PBT DIARAH MELAKSANA PEMANTAUAN DAN KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR...
...
JAWATANKUASA HARMONI DIWUJUDKAN SEMULA BAGI SELESAIKAN PERSOALAN BERKAITAN...
...