Galeri

Logo

Rasional
Logo

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat

Warna Biru

Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan

Warna Kuning

Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan

Warna Merah

Keberanian, jatidiri dan keazaman

Warna Putih

Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Accessibility Toolbar