Selamat-Datang

Menu Capaian Pantas

tender-sebutharga
aktivit-galeri
aktivit-galeri
aktivit-galeri
aktivit-galeri

PROGRAM TERKINI

SEGMEN ADUAN RAKYAT

Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)

SISPAA JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI

SISPAA J-KOM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan J-KOM.

PENERBITAN J-KOM

Keratan Akhbar

Buletin

Laporan Tahunan

MEDIA SOSIAL J-KOM

Facebook

JANGAN JADIKAN KES DERA, ABAI KANAK-KANAK SEBAGAI KANDUNGAN MEDIA SOSIAL Orang ramai termasuk mangsa penderaan dan pengabaian diingatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial. Sebaliknya mereka perlu terus melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa atau di Talian Kasih 15999 dan memberikan maklumat lengkap bagi memudahkan pengesanan dan siasatan kes. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata mereka tidak perlu khuatir kerana maklumat peribadi akan dirahsiakan. Sumber: Bernama #komunikasikomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan

29
5 Comments

KARTEL BARANG KEPERLUAN ASAS: AMARAN TEGAS KEPADA PIHAK TERLIBAT

25
5 Comments

Ikuti kisah kecekalan wanita bernama Masitah Mohd Afandy dalam episod pertama program DIA terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV, Bahagian Program TV, RTM pada hari Isnin 6 Mei 2024, pukul 10 malam dan ulangannya pada hari Sabtu 11 Mei 2024, pukul 12.30 tengahari di TVOkey, RTM. #KomunikasiKomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan

33
7 Comments

9 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara Pelbagai perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan disediakan bersempena Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara dari 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Pakat mai ramai-ramai, macam-macam ada! Layari http://malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut. JOM LIKE & SHARE #MalaysiaMADANI #KerajaanMADANI #ProgramMADANIRakyat

41
8 Comments

SKM LULUS BANTUAN RM246,000 MENERUSI PROGRAM PEMERKASAAN RANTAIAN BEKALAN KOPERASI Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan memaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad. Skop bantuan yang disediakan termasuk pembelian sebuah lori berkapasiti 7.5 tan berjumlah RM151,000 untuk kemudahan penghantaran barangan keperluan kepada rangkaian pusat pengedaran dan Coop Mart di Semenanjung Malaysia. Program SCOPE ini adalah antara usaha yang diharapkan dapat membantu kerajaan dan rakyat dalam menangani cabaran kenaikan kos sara hidup, melalui penguasaan rantaian bekalan secara menyeluruh yang melibatkan gerakan koperasi dengan penawaran harga barang keperluan asas yang lebih berpatutan dari pasaran semasa. Sumber: BERNAMA #KomunikasiKomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan

55
7 Comments

TRANSFORMASI DIGITAL NEGARA: KERJASAMA JITU DIPERLUKAN REALISASI OBJEKTIF KEMENTERIAN

52
6 Comments

SISTEM PROJEK ECRL: KERJA PEMASANGAN DIJANGKA BERMULA MEI

57
10 Comments

ISU KECICIRAN PELAJAR ORANG ASLI BERJAYA DIATASI MENERUSI SEKOLAH K9, K11 Isu keciciran pelajar di kawasan pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli berjaya dikurangkan susulan penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11), suatu komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberikan tumpuan sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu bangunan dan kawasan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di sini mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru dalam memastikan sekolah K9 dan K11 berterusan. Jelasnya, KPM akan terus memperluas sekolah K9 dan K11 di seluruh negara yang melibatkan anak-anak Orang Asli dan pribumi, agar tiada keciciran pendidikan terjadi. Sumber: Bernama #KomunikasiKomuniti #MalaysiaMADANI #PilihPerpaduan

96
16 Comments

KHAZANAH NASIONAL: RM1 BILION UNTUK SYARIKAT POTENSI TINGGI, PKS

76
11 Comments

Instagram

6  hari lagi - Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara 

Pelbagai manfaat bakal diterima oleh rakyat bersempena dengan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara, antaranya: 

📍Persembahan rakyat utara
📍Karnival Kerjaya (KSM)
📍Kejohanan Taekwondo 

Lekaih mai di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, pelbagai aktiviti menarik menunggu anda seisi keluarga, dari 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat-Ahad) bermula 9 pagi . 

Layari www.malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut. 

 #MalaysiaMADANI 
#KerajaanMADANI
#ProgramMADANIRakyat
TERDAPAT KEPERLUAN TAMBAH BILANGAN WANITA ISI JAWATAN KSU DAN KP

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menambah bilangan wanita bagi mengisi jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan Ketua Pengarah (KP).

Katanya pada ketika ini, jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

Perdana Menteri menambah, beliau telah mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bagi mencari jalan supaya bilangan pimpinan wanita bagi kedua-dua jawatan itu bertambah.

Sumber: Bernama

#komunikasikomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan
PM JAMIN SSPA TERBAIK PERNAH DIPERKENALKAN DALAM NEGARA

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat, adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan dalam negara.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan demikian berkata, perkara demikian akan membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi dan pengiktirafan terbaik pernah dilakukan.

Perdana Menteri turut menafikan bahawa kerajaan hanya menumpukan kepada kebajikan penjawat awam sahaja, sebaliknya kerajaan turut memberi tumpuan kepada permasalahan yang dihadapi golongan lain seperti petani dan nelayan.

Sumber: Bernama

#komunikasikomuniti 
#MalaysiaMADANI 
#PilihPerpaduan
7 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara

Puluhan aktiviti untuk pelbagai kategori termasuk warga emas, dewasa dan kanak-kanak disediakan bersempena dengan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara, antaranya:

📌 Persembahan Kebudayaan
📌 Jom Tukar Topi Keledar
📌 Festival makanan
📌 Pemeriksaan Kesihatan
📌 Kaunter bayaran saman 
📌 Canting Batik untuk kanak-kanak

Pakat mai ramai-ramai, macam-macam ada!

Jumpa anda dari 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Layari www.malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut.

#MalaysiaMADANI
#KerajaanMADANI
#ProgramMADANIRakyat
HADIS 34

Daripada abu Sa’id al Khudri r.a. berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” 

[Riwayat Muslim (78)]

#KomunikasiKomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan
#SalamJumaat
KWSP PERKENAL AKAUN FLEKSIBEL, KELUAR SIMPANAN BILA-BILA MASA.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Struktur akaun baharu itu akan berkuat kuasa pada 11 Mei 2024 dimana Akaun Fleksibel ahli akan bermula dengan baki sifar dan ahli KWSP yang ingin membuat pindahan boleh melaksanakan hal tersebut bermula dari tarikh di atas sehingga 31 Ogos 2024.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara dan sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di www.kwsp.gov.my atau aplikasi KWSP i-Akaun.

Sumber: SINAR HARIAN

#KomunikasiKomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan
PENGANJURAN HARI PERPADUAN DI SEKOLAH BANTU TINGKAT PERSEFAHAMAN ANTARA KAUM 

Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platfom terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar serta merapatkan lagi persaudaraan antara semua lapisan masyarakat di negara ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata, sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist semalam dapat meningkatkan persefahaman antara pelajar pelbagai kaum dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

Sumber: Bernama

#KomunikasiKomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan
196 PERKHIDMATAN DISEDIAKAN PADA PROGRAM MADANI RAKYAT ZON UTARA

Sebanyak 196 perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan disediakan untuk pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang dari 3 hingga 5 Mei ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Ahmad Jefry Aziz @ Adan, antara perkhidmatan yang disediakan ialah semakan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Pulau Pinang dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Program anjuran PACU dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu turut diisi dengan Karnival Kerjaya yang menyediakan 2,000 peluang pekerjaan.

Sumber: Bernama

#komunikasikomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan

HUBUNGI KAMI

design-banner

Accessibility Toolbar