Piagam Pelanggan

 

Utama >> Korporat >> Info J-KOM >> Piagam Pelanggan

1. Merancang dan melaksanakan Tinjauan Pendapat Awam mengenai reaksi masyarakat terhadap dasar-dasar komunikasi Kerajaan menerusi tinjauan lapangan dan dalam talian dalam tempoh lima (5) minggu.

2. Menjalankan kerjasama strategik bersama Badan Penyelidikan bagi pelaksanaan kajian penyelidikan massa dalam tempoh enam (6) bulan.

3. Mempelbagaikan program Pendidikan dan Latihan kepada komuniti sasar bagi pembangunan komuniti melalui 3 teras utama dengan pelaksanaan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.

4. Memastikan bil dan invois dibayar dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

5. Memastikan kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.

6. Melaksanakan program pengukuhan integriti kepada warga Jabatan sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap 3 bulan.

7. Memuat naik hebahan di media sosial dalam masa satu (1) hari.

8. Memastikan pengemaskinian maklumat portal Jabatan dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh maklumat diterima.

9. Memberi maklumbalas kepada aduan pelanggan dengan cepat dan tepat dalam tempoh masa berikut :

        a. Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja; dan

        b. Menyelesaikan aduan dalam tempoh 3 hingga 15 hari bekerja

Pencapaian Piagam Pelanggan J-KOM Tahun 2022

Pencapaian Piagam Pelanggan J-KOM Tahun 2021

Accessibility Toolbar