Program Komuniti MADANI Hulu Langat telah diadakan pada Sabtu, 8 Julai 2023 bertempat di Dewan Komuniti MPKJ Bandar Rinching, Semenyih, Selangor bagi menyantuni komuniti setempat. Dianggarkan seramai 300 orang peserta telah menyertai program ini yang bermula pada jam 8.00 pagi dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Dianggarkan seramai 300 orang peserta telah menyertai program ini yang bermula pada jam 8.00 pagi dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Turut hadir di program ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Mohd Sani Hamzan serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Fareez Mohd Harris @Mohd Hatta. Antara agensi yang terlibat termasuklah Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Selangor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. #komunikasikomuniti #MalaysiaMADANI

Accessibility Toolbar