Program Gegar Komuniti

LATAR BELAKANG

Program Gegar Komuniti merupakan satu platform advokasi dasar bertujuan membina satu persepsi yang positif kepada komuniti sasaran. Ianya bertepatan di bawah teras utama J-KOM iaitu pembangunan komuniti di peringkat akar umbi yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati maksud patriotisme. Selain itu, program ini merupakan satu bentuk Community Engagement di peringkat akar umbi antara Kerajaan dengan komuniti.

KUMPULAN SASARAN

Program ini akan melibatkan pelbagai lapisan komuniti di seluruh Negara.

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kefahaman kepada komuniti berhubung undang-undang sivil, jenayah dan syariah

 

  1. Menambah baik (improvement) keperluan dan nilai tambah kepada kakitangan jabatan

 

  1. Menyegarkan semula (refresh) program dan aktiviti jabatan

 

  1. Melaksanakan percambahan idea (brain storming) bagi memberi pendedahan kepada komuniti sasaran terhadap pentingnya memahami asas kepada undang-undang sivil jenayah dan syariah

 

  1. Merupakan satu bentuk Community Enggagement di peringkat akar umbi antara kerajaan dengan komuniti.

Accessibility Toolbar